Last week mama puteri cuti 3 hari dari Rabu sampai Jumaat dan terus sambung cuti sampai Isnin. Mak mama cuti cuti ke Langkawi so mama puteri kenala cuti. So cuti lama tu mama puteri sekeluarga bawak Puteri jenjalan ke Genting Highland selama 3 hari 2 malam. Kami nginap di First World Hotel.
Ramai sangat orang nak check in, kena amik nombor cam dalam bank la pulak, kena tunggu lepas 200 orang baru giliran kita, tapi nasib baik Puteri ada, dapat keistimewaan jalan dulu.
Puteri pegang angin, sejuk dia suka kot.
Rumah Hantu
Puteri kesejukkan.
Dengan Maskot
Sempat lagi Mama & Baba Puteri main bowling. Satu game RM8.00 mahal betul kat situ.
Hotel First World
Masa balik, singgah di Mushroom Farm.
Sebenarnya masa gi Genting tu mama puteri tak sihat, sakit tekak, selsema, tapi dah plan awal-awal nak bawak Puteri dan Ayah mama puteri gi Genting. Masa gi Klinik kat Genting tu kena RM120.00, ya ampun mahalnya. Segala-galanya mahal kat situ.
Cuti raya cina lepas, habis jer mama puteri buat model baju renang kat Mid Valley terus balik Beranang kemas-kemas baju dan malam tu jugak mama, baba puteri dan puteri bertolak dari Beranang ke Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak. Singgah kat Phoenix Cheras sebab Nurul & Lina office mate mama puteri joint sekali. Kitorang sampai Sungkai lebih kurang 3 pagi. Kita tak tido kat Hotel sebab office mate mama puteri Kak Haiza bagi tumpang rumah husband dia (rumah staff) yang keje sebagai Manager kat situ. (Safe budget he he)
Saper yang lom penah gi tu try la pgi situ memang best betul. Ada kolam air biasa, air panas, leh rendam kaki kat air panas, leh rebus telur terus makan kat situ, leh gi SPA, leh gi mandi Sungai leh sewa jaguzzi peribadi dan macam-macam. Tempat pun cantik, hijau, nyaman.
Kat sini ada Hotel & Villa.
Kolam Air Sejuk, masa ni Puteri mandi sampai tak nak naik. Puas layan dia berendam, sekarang ni dia dah rentung kena sunburn.
Mama Puteri rendamkan kaki Puteri dalam air panas biar kaki dia sihat, mana tahu leh jalan satu hari nanti, Insyallah.
Rebus telur dan makan kat situ, tapi kicap bawak sendiri tau.
Singgah tengok Sungai, cari pot baik punya.
Mama & Baba Puteri rendam kaki biar sihat.
Coffee House
Mama puteri dgn geng office buat body scrub kat sini.
Kolam Air panas, tapi puteri tak suka berendam kat sini, agaknya sakit kot kulit dia.
Ni kat Food Court, cantik, banyak ikan.
Mama puteri lepak kat sana 4 hari 3 malam, Kak Haiza kata kalau nak datang lagi dialu-alukan..bestnyer.
Sempena Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 I-Fest'09 di Mid Valley Kuala Lumpur Jumaat lepas, Mama Puteri dapat undangan jadi Model untuk memperagakan pakaian renang muslimah dengan kanak-kanak. Ni jer gambar yang sempat Mama Puteri masukkan. Kalau nak baca tentang event tu leh masuk kat sini BERITA HARIAN
Salam Rabu semua, mama puteri masih lagi sibuk bulan Januari ni. Kes songlap duit dalam email tu mama puteri masih terima email tu lagi tapi kali ni ayat dia dah lain dan dorang gunakan Maybank pulak, hari-hari dia hantar menyamar sebagai bank, belah la..dah kena sekali serik dah.
Sabtu lepas mama puteri gi jumpa lecturer kat Subang bincang pasal research, lani mama puteri dah start Chapter II. Selasa depan jumpa lagi.
Semalam seharian mama puteri gi kelas belajar guna software accounting baru untuk office kat Taman Maluri Cheras, banyak gak kena belajar, pusing la kepala dibuatnya. Takpe belajar pelahan-pelahan lelama pandai la.
Tak sabar nak cuti rehat. Nak bawak Puteri jenjalan kat Hot Water Spring Resort Sungkai Perak. Bestnya.
Salam buat semua, awal tahun ni keje kat office mama puteri masih banyak tak abis-abis lagi. Thesis pun masih tak sentuh-sentuh, Sabtu ni baru nak jumpa lecturer kat Subang.
Last week dugaan paling besar buat mama puteri. Mama puteri baru jer kena siasat ngan polis Cheras last week atas laporan polis yang mama puteri buat kat Balai Polis Batu 9 Cheras Kajang.
Korang tahu tak, (Jap nak amik mood sedih ni uhuk huhuhuhuhu), duit mama puteri dalam CIMB Bank kena kebas orang sebanyak RM2,600.00. Orang bank call mama puteri bagitahu yang duit mama puteri dah ditransferkan ke bank orang lain, tapi duit tu sebenarnya dah sampai ke Nigeria, hampeh punya Negrotos..
Ni gara-gara ada satu transaksi yang mama puteri buat.
Tapi korang semua jangan risau, Jumaat lepas bank dah pulangkan balik dalam akaun mama puteri. Syukur Alhamdulillah sesangat. Wakil dari bank mintak maaf banyak-banyak.
Jadi korang kena berhati-hati tau, jangan layan email dari bank sebab tu semua menipu.
Ni email tu,
Dear Valued Customer,
Our security team has detected a serious security problem in your CIMB Account. Please be informed that your account is not correctly protected against Spam and Trojan attacks.
For immediate protection, It is mandatory that you secure your account using the below secured location now.
Ini jer yang sempat Mama Puteri masukkan gambar masa cuti cuti di Sabah hari tu. Kalau ikutkan gambar semua hampir dalam 200 keping.. yang lelain tu Mama Puteri masukkan dalam Face Book buat rekod sebab sana senang sikit upload gambar.
Selamat melangkah ke 2009 buat semua kengkawan walaupun terlambat ahakz..
Apa azam tahun ni?Mama Puteri Doakan kebahagian dan kesejahteraan buat semua.Malam tahun baru hari tu Mama Puteri dan kawan-kawan baik satu office sambut sesama kat Karaoke belakang office jer hehe.. walaupun tak cukup geng sebab Kak Haiza dan Nardia cuti lagi tapi dengan 4 orang jer dah menggamatkan suasana.
Semua pompuan so kita all out kasi pukul habis hahaha...
Mama Puteri, Lina dan Wife Bos, Kak Intan selaku Ketua dan toke yang selalu membelanja kita tak kira makan, minum dan macam-macam lagi, Mama Puteri doakan semoga Kak Intan dimurahkan rezeki lagi tahun ni Aminnn...
Salam Maal Hijrah buat semua kengkawan. Mama Puteri baru jer start keje ari ni itupun half day lepas cuti lama ke Sabah dan rehat kat rumah.
Seronok tak terkata gi Sabah lebih-lebih lagi masa gi Pulau Manukan dan seronok dapat gi jumpa Kak Aida. TQ kak sebab sudi jumpa Mama Puteri.
Apa-apa nanti Mama Puteri updatekan lagi cuti ke Sabah.
Jap lagi mama puteri nak masuk opis, apa la khabarnya opis tu, tunggang tebalik agaknya lepas berminggu kena tinggal. Mesti banyak keje ni, menimbun la tu.. adehh
Salam selasa buat semua, lama pulak tak buat blog sejak raya haji haritu, maklumla bz jer mama puteri ni. Mama puteri punya research proposal entah lulus ke tidak, ari tu call dorang kata masih dalam proses ermm..
Puteri Alhamdulillah sihat, nenek puteri kata dia sekarang ni tak boleh orang datang rumah borak ngan nenek puteri sure puteri ngamuk, dia cemburu orang borak-borak ngan nenek dia. Nenek puteri kata kalau nak borak ngan orang kena bisik-bisik, kelakar betul.
Sekaran ni sekolah puteri (PDK Kajang) tutup 4 minggu, siap tulis kat notice board bagitahu ibu bapa. 8.1.2009 baru start balik sekolah dia.
Mama puteri akan start bercuti panjang mulai 22hb hingga ke 30hb, sebab ke Sabah (Company Trip) dan habiskan cuti tahunan, rehat-rehat kat rumah. Time gi Sabah puteri tak ikut sebab jauh sangat, sian pulak nak tinggalkan dia ngan nenek dia. Lagipun almaklumla ini bukan pergi ngan family tapi ngan staff & bos bos, kalau ngan family ok sikit sebab dorang faham ngan keadaan puteri, tapi kalau kalau ikut company trip ni takut nanti dorang tak faham keadaan puteri tu macamana, nanti menyusahkan orang lain pulak. Tapi Insyallah bulan dua nanti mama puteri bawak puteri gi jenjalan ke Genting Highland.
Salam Aidil Adha buat semua, mama puteri n family beraya kat Wangsa Maju jer. Ya ampun semalam mama puteri makan punya la tak hingat banyaknya. Dari Kajang baba puteri singgah kat Bukit Dukung beli lemang sebatang yang paling besar RM9.00.
Sampai Wangsa Maju, adik ipar tengah siap-siapkan bahan nak masak, kitorang masak RENDANG AYAM, DAGING MASAK KICAP, AYAM MASAK MERAH, KETUPAT SEGERA DAN NASI MINYAK.
Petang mama puteri n family balik Kajang, belah malam kitorang pergi pulak ke rumah ketua kampung makan-makan lagi sebab dia buat kenduri tahlil. Ada pulak KAMBING PANGGANG makan dan makan dan makan lagi...
Teringat lagu lama kisah gigi, dah lama dah tak dengar lagu tu.
DARILAH DULU EMAK DAH BILANG
GOSOK LA GIGI SIANG DAN MALAM
GOSOK LA GIGI GOSOK LAAA GIGI
BLAA BLAA BLAA....
Tadi mama puteri gi klinik gigi kat Klinik Pergigian Ikhlas Bandar Tun Hussein Onn Cheras Selangor dekat jer ngan opis. Mama puteri dah lama tak buat treatment gigi ni. Bukan apa, ngerila gi klinik gigi ni, nyilu satu, sakit pun ada. Tengok alat-alat dia ngan bunyi-bunyi dia tu pun dah ngeri lutut.
Korang tau tak berapa mama puteri kena??
RM234.00
Adoii terebang duit bulan Disember ni, sabo je la. Masa buat tu jangan cakap la, dalam hati tak henti-henti berdoa, nyilu tak tahan, dalam hati kata bila la Dr ni nak abis buat benda ni.
Korang nak tak pasang aksesori gigi ni kat gigi korang? Bayangkan la kalau mama puteri pakai yang bling-bling tu hehe.
Alahai ciannya mama puteri tengok anak-anak buah mama kena Sunat semalam, Alif yang paling kecik sekali ni nampak diam sesangat sampai kencing pun dia tak nak.
Ni abang ni Haziq, sikit pun tak takut, gelak-gelak lagi dan siap jalan sana sini. Mama puteri tanya dia sakit tak masa sunat? Dia kata tak rasa apa-apa pun, kat situ rasa sejukkk jer hehe... tapi dia kata bila kencing dia kata sakit sebab dia kata kencing Haziq penuh.. apa yang penuh pun tak tau la.
Ni sepupu mama puteri Z, dia sebaya Haziq tapi pangkat Pak Cik pada Haziq, punya la lasak tapi dah sunat terus dok dendiam. Sama la semuanya.
Hari ni semua balik rumah masing-masing lepas tidur semalaman kat rumah mak mama puteri. Sorang lagi anak buah mama puteri Hakim takde dalam gambar sebab dia bersunat kat kampung belah ayah dia, semalam mak dia SMS kata dia yang paling kecoh kat Klinik, yang lain semua ok jer hehe cemana la tu.
Salam Isnin semua, hari ni mama puteri masuk keje lewat sikit sebab kat umah mak mama puteri ramai sedara mara datang dari kampung sebab semalam buat kenduri selamat untuk anak-anak buah dan sepupu bersunat.
Hari ni anak-anak buah mama puteri dan sepupu pagi-pagi dah ke klinik dengan kain pelikat untuk disunatkan. Kesian dorang ni..tapi almaklumla budak lelaki tengah lasak sikit pun dorang tak takut, cuma anak buah mama puteri yang darjah 2 tu nampak cuak sikit, kesian pulak dia.
Tadi kakak ipar sms bagitau yang abang dia dah selamat, adiknya pulak dah masuk dalam, tak tau la cemana dia tu. Harap-harap semua selamat.
Dah besar dah anak-anak buah mama puteri ni.
Anak buah mama puteri yang kena sunat hari ni dari kiri baju oren Muhammad Alif Ruzail 9 tahun, Muhammad Hakim 10 tahun dan Muhammad Haziq Ruzail 10 tahun, yang kecik tu Syawal lom cukup umo, so tunggu la nanti sekali dengan 2 orang anak buah lagi.
Sepatutnya proposal thesis dah kena hantar harini, tapi hari ni mama puteri baru buat appointment ngan lecturer kat Subang kol 2 petang so kena amik half day, lepas bincang-bincang dengan dia dan dia dah luluskan proposal tu mama puteri kena pulak lari balik ke KL submit. Dah la baju spare tak bawak kena la pakai baju kurung ni naik turun train, nak bawak kereta malas pulak, dah tentu-tentu tengahari ke petang jalan jam, kalau hujan lagi la bertambah-tambah jamnya, so naik train je la.
Office? biasala keje mengaudit-audit akaun ujung tahun ni, pening kepala.
Situasi mama puteri? Otak dah tepu dan kekurangan oksigen ahakz.. sabojela
Salam Selasa buat semua, bulan ni dan 3 bulan seterusnya memang mama puteri dilanda kebizian tahap impak maksima. Ahad lepas mama puteri dah pun masuk The Researh Methodology Workshop untuk persiapan buat Thesis. Minggu ni jer kena submit research project proposal sebelum ari Jumaat, aduhh peningnyer nak pikio tajuk apa nak buat ni. Pecah pala, pecah pala nyeh nyeh nyeh.
Dah la tu kat opis ni biasala ujung-ujung tahun ni account nak kena update makanya almari-almari semua nak kena selongkar, buku cek semua kena selak-selak, apa-apa yang outstanding kena settle akhir bulan ni.
Walau macamana sibuk sekali pun yang penting 21hb-24hb Disember wahai geng-geng opis mama puteri jangan luper buat persiapan cuti-cuti ke Sabah tau. Cepat korang abiskan keje semua, nanti 21hb-24hb Disember kita tutup opis ngan bos-bos semua kita gi he he...TQ bos yang belanja kita semua dari Tiket, Hotel, makan dan duit poket. Semoga rezeki bos bertambah-tambah hendaknya tahun depan.
Lepas jer kenduri di Seremban, mama puteri sekeluarga lari balik Kajang pulak, sebab besoknya (Ahad) sepupu lelaki belah mak mama puteri pulak kawen dan buat di Dewan Bandar Kajang. Tema Kuning tapi mama lupa lak, langsung terpakai purple, sepatutnya kat Seremban yang Purple. Takpe la.
Meja Makan Pengantin
Pelamin
Mama puteri posing dengan sepupu (adik pengantin)
Dengan Sepupu Kajang dan Terengganu
Sepupu Kajang
Pengantin masuk dewan
Pengantin duduk atas pelamin
Hari tu mama puteri jadi artis jemputan tau hehe
Mama puteri dengan Kak Ngah
Anak buah mama puteri Firdaus ni sibuk nak bergambar, sebabkan dia kecik terpaksa la mama puteri ngangkung, sebab yang amik gambar ni pun anak buah satu lagi, kecik gak
Acara Potong Kek
Keluarga Besar Mak Mama Puteri, ni baru tak sampai suku, sebab ada yang dah balik dan ada yang tak joint bergambar, kalau masuk semua rasanya tak cukup kamera hehe..
Jumaat lepas mama puteri mintak dengan bos balik cepat dalam kol 5 petang sebab mama puteri nak kena balik umah di Beranang sebab nak angkut barang-barang hantaran yang mama puteri buatkan untuk majlis perkahwinan adik kakak ipar di Taman Tuanku Jaafar Seremban.
Masa hantar barang yang dah siap tu sempat lagi mama puteri posing depan pelamin.
Ni barang-barang hantaran tema purple yang mama puteri tolong buatkan.
Set Wallet, tali pinggang & jam
Kasut
Coklat
Set Haruman
Sireh Junjung
Sejadah
Potpuri & Bekas Cincin
Songkok dan Kain Baju Melayu
Selamat Pengantin Baru buat Ain (Pengantin Muda 22 Tahun) dan Suami.
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu
Mama Puteri dan kaum keluarga yang datang. Lepas kenduri ni mama puteri larik pulak balik ke Kajang sebab besoknya (Ahad) sepupu pulak kawen.
Mula-mula buat ni mama puteri rasa geli sesangat sampai tak terkata geli geli gelinya arhhhhhh .. rasa cam digeletek-geletek jer kaki. Tapi lelama tak geli dah. Masa ni mama puteri gi jenjalan kat Jusco Wangsa Maju so bila ternampak orang tengah buat benda ni mama & baba puteri, adik ipar & sepupu tingin plak nak cuba.
Last Saturday mama puteri ke majlis persandingan kakak cyber mama puteri tersayang Achoo di Kelab Darul Ehsan jam 8.30 malam, malam tu mama puteri datang sorang bawak keta drive dari Beranang ke sana, walaupun sesat-sesat tapi mama puteri tetap sampai jugak walaupun terlewat huhu.. nasib baik ada kak penne yang call tanyer dah sampai mana sekurangnya tenang jugak hati yang panas sebab sesat entah kemana hehe..takpe janji sampai dan dapat duduk yang telah dichopkan leh kak penne. Makanan semua sedap-sedap ada Lucky Draw lagi. TQ pada Kak Penne, Abang Lan dan PG yang sambut masa kita datang, sib baik korang prihatin kat kita ni huhu.
TAHNIAH ACHOO semoga berkekalan hingga ke anak cucu.
Alhamdulillah Puteri sihat-sihat belaka, dah semakin besar dan stay cute selalu. Hari ni Puteri dapat beras sebab ada orang derma kat PDK pastu cikgu-cikgu bahagikan sama rata untuk anak-anak PDK.
Cantik tak rambut Puteri? lepas mandi baba puteri selalu letak conditioner tau he he..
Dah anak dara Puteri Mama ni, semakin besar semakin manja. Kuat ngajuk, tak leh marah sikit nanti nangis.